Clash Of Mindset

 Tajuk gempak dah, english. Sebenarnya nak share berkaitan dengan mindset yang kita semua bawak dalam kehidupan. Ada some point of view, saya rasa mindset ni sebenarnya doa. Yang mana doa tu yang kita 'bawak' setiap hari ke mana-mana, dan menariknya doa itu selalu dimakbulkan. Cuma kita yang tak perasan. Dan yang peliknya, doa kita tu banyak yang clash. Ini yang saya analogikan sebagai Clash of mindset.


Berbalik pada perkataan asal tadi, mindset. Ada satu video motivasi yang saya tengok, motivator tu cakap berkenaan dengan Kaya (Wealth). Dia tanya kenapa ramai orang nak kaya? Tapi tak kaya jugak?

Dia teruskan lagi, sebenarnya terdapat 2 prinsip bagi orang-orang yang kata nak kaya, tapi tak jugak jadi kaya. Prinsip 1 dia kata nak kaya, tapi dalam programming diri dia terdapat satu lagi prinsip yang ditanam melawan kepada prinsip 1 tu tadi, yang kita panggil prinsip 2.

Antara contoh prinsip kedua dalam diri orang ini adalah "Kekayaan itu menjadikan manusia lalai," "orang kaya suka tindas orang miskin" dan lain-lain prinsip yang berlawanan dengan prinsip pertama tu tadi.

Kat sinilah secara logiknya kekayaan itu tak muncul lagi kepada individu berkenaan. Selagi dia tak tentukan program mana yang dia nak betul-betul, tanpa ada mindset atau programming yang berlawanan, maka kehidupan individu tersebut akan terus menerus di takuk yang sama. Tiada keputusan yang dibuat. Itulah yang saya panggil Clash of mindset. Minset pertama tadi kata nak kaya, tapi bertembung pulak dengan mindset kedua.

Setelah saya teliti, mindset-mindset yang berunsur penolakan atau berlawanan dengan prinsip pertama tadi sebenarnya dan kebiasaannya adalah programming (pengaruh) dari sekeliling dan dari kita kecik lagi. Programming ni yang akan dipegang dan diyakini selagi tiada yang dapat memecah temboknya.

Jadi untuk kita mencapai sesuatu perkara, boleh perhatikan kembali, ada tak mana-mana kepercayaan atau prinsip, atau mindset yang berlawanan dengan perkara yang kita nak capai tu tadi?


Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi baca artikel ini. Mohon komen sebagai tanda anda telah menjejakkan diri ke sini.

Terbaru Lebih lama