Beli Nombor Plate F (Putrajaya) di JPJ. FA, FB, FC, FD, FE, FF dan MALAYSIA

Ada yang tertanya, bagaimana cara dan apa syarat-syarat untuk dapatkan no plate Putrajaya? Ada yang ingat perlu duduk atau menetap di Putrajaya untuk sekian-sekian tempoh, ada yang beranggapan perlu bekerja di Putrajaya. Tak. Semua warganegara Malaysia boleh memiliki nombor plate Putrajaya untuk motor atau kereta masing-masing. Warga asing pun boleh beli plate Putrajaya ni.

Anda boleh Whatsapp atau hubungi saya di O1O6OO9966 (Adzril Magicalips) untuk tempahan plate Putrajaya. {alertInfo}

Sebelum tu saya nak maklumkan, tempahan plate Putrajaya ni tak sama prosesnya macam tempah plate negeri lain.

Untuk proses bidaan, plate Putrajaya sama seperti siri untuk state (negeri) lain di Malaysia. Cumanya waktu siri Putrajaya dibida di JPJebid adalah setahun sekali untuk setiap siri baru.

Bila dah selesai proses bidding, nombor plate Putrajaya tidak boleh dibeli melalui MySikap JPJ.

Anda perlu mendapatkan memo kelulusan bagi sesebuah nombor yang anda nak. Selepas dapat memo kelulusan, memo itu perlu dibawa ke bahagian pembayaran untuk mendapatkan slip nombor.

Slip nombor ini sebenarnya hanya sebagai formality tempahan plate sahaja. Selesai je dapat slip nombor dah boleh daftar ke kenderaan (motorsikal atau kereta) dengan merujuk kepada nombor plate dan nombor BSN yang dicatatkan dalam slip itu.

Salah satu motor kawan saya yang tempah plate FC dengan 3 digit.

Book Nombor Plate F (Putrajaya) di JPJ Putrajaya

Sebelum proceed tempahan plate Putrajaya ni, perlu tahu dulu avaibility nombor yang nak ditempah untuk mudahkan urusan. Saya mempunyai cara tersendiri untuk semak avaibility sesebuah nombor jadi urusan dapat dipermudahkan.

Walaupun saya sudah semak dan mengesahkan nombor yang nak ditempah itu masih ada, saya tetap perlu membuat semakan semula di kaunter JPJ tentang ketersediaan nombor ini sebelum saya hantar borang untuk mendapatkan memo kelulusan.

Nota: Kalau nak beli nombor plate selain F, anda perlukan akaun MySikap. Tak boleh guna cara ni. Cara ini khas untuk no plate Putrajaya sahaja. {alertWarning}

 

Nampak macam mudah kan? Tapi tak la mudah sangat. Lagi-lagi plate Putrajaya ni hanya boleh dibook di Putrajaya dan tiada dalam sistem MySikap.

Sebab itu saya sediakan perkhidmatan tempahan nombor plate Putrajaya dengan caj yang berpatutan. Anda tak perlu pening kepala untuk semak availability nombor, tak perlu beratur berebut untuk dapatkan memo, tak perlu bergaduh dengan JPJ setiap kali nombor yang diminta tiada dan lain-lain.

Pemilihan nombor yang tersedia.

Sekiranya nombor tidak ada, saya perlu pilih nombor lain dan meminta pihak JPJ untuk semak status nombor itu. Sampailah nombor yang dipilih oleh saya itu tersedia untuk didaftarkan.

Dan sekiranya nombor masih avaiable, pegawai JPJ akan maklumkan kembali kepada anda dan meminta anda mengisi Borang Tempahan Nombor Pendaftaran Kenderaan Secara Pilihan (Pindaan 1/2019) M.V.10A.

Siap je isi borang tu, pegawai tu pergi print detail nombor plate dan detail anda dalam satu memo. Ini yang dipanggil Memo Kelulusan. Dalam memo tu ada tulis tarikh akhir perlu dibuat bayaran.

Lebih kurang 2 minggu jugaklah tarikh dia tu. 

Anda perlu sediakan dokumen yang diperlukan untuk urusan daftar nombor Plate Putrajaya. {alertInfo}

Harga No Plate Putrajaya

Sekiranya anda nak beli no plate Putrajaya, tapi rasa jauh untuk ke sini, saya boleh uruskan urusan pembeli nombor plate anda dengan kadar upah bermula dari RM650 termasuk nombor untuk keseluruhan urusan A to Z. Anda hanya akan terima resit untuk diserahkan kepada Salesman kereta atau kedai motor untuk pendaftaran. Boleh baca lanjut prosedurnya kat sini.

Nombor plate yang berbaki adalah rawak dari 0-9999.

Atau anda boleh upah saya untuk mendapatkan nombor plate F, FA, FB, FC,FD, FE dan FF malah plate MALAYSIA ini dengan harga yang berpatutan seperti yang saya sebutkan di atas. Tapi sebelum perlu faham langkah-langkah yang perlu dibuat sebelum bersetuju untuk saya buat urusan booking no plate berkenaan.

Whatsapp saya ( O1O6OO9966 Adzril Magicalips) untuk uruskan pembelian dan persediaan dokumen yang diperlukan. Tapi pastikan anda dah baca artikel Prosedur Tempah Plate Putrajaya.

Feedback dan testimoni pelanggan

Syukur dan terima kasih kepada mereka yang menggunakan perkhidmatan dan berurusan dengan saya. Saya kumpulkan semua feedback mereka dalam page Feedback tempahan plate Putrajaya.

Saya ambil plate FC sebab signifikan dengan Model CIVIC FC ni. Alhamdulillah.

30 Ulasan

Terima kasih kerana sudi baca artikel ini. Mohon komen sebagai tanda anda telah menjejakkan diri ke sini.

  1. Balasan
    1. en . nak tanya no plate FF71 dan FF77 ada lagi x?

      Padam
    2. syarat nak beli no PLATE kena beli kereta baru ke encik

      Padam
  2. Kalau kita duduk tempat lain..boleh beli no plate putrajaya ke

    BalasPadam
  3. Kalau ic negeri lain ..boleh beli no plate putrajaya tak

    BalasPadam
  4. Encik kalau plat tu belum running lagi kata la FE... Brp lama kena tunggu?

    BalasPadam
  5. Klu plat belum keluar cth FE... Boleh ke

    BalasPadam
  6. Tk atas perkongsian maklumat. Amat membantu

    BalasPadam
  7. Kalau saya mmg org putrajaya, ic pn putrajaya. Perlu jgk ke beli no? Saya book kereta dkt selangor la tpnya

    BalasPadam
  8. @misz sue

    walaupun ic anda putrajaya, tetap perlu melalui proses yang sama untuk book plate putrajaya ni.

    BalasPadam
  9. Tuan, bagaimana nak daftar plate no kenderaan yang ada perkataan PUTRAJAYA.

    BalasPadam
  10. @forurmind, perlu beli kenderaan sedia ada yang dah gunakan plate PUTRAJAYA. Kemudian tukar dengan kenderaan yang baru tuan beli dengan proses interchange.

    BalasPadam
  11. Saya nak beli plat putrajaya...no 5505, boleh. No contact saya 016 4214919

    BalasPadam
  12. aku beli plate FC dulu senang je.. terus je ke JPJ Ampang.. beratur dan beri no yg nak beli.. bayar rm320 je settle..

    BalasPadam
  13. As salam Tuan ingin bertanya. Jika no. plat putrajaya diperoleh. macamana proses daftar pemilikan kenderaan baru? adakah perlu ke putrajaya juga atau boleh daftar di mana2 JPJ negeri?

    BalasPadam
    Balasan
    1. pendaftaran boleh dilakukan dimana-mana JPJ. Semua urusan pembayaran diselesaikan oleh runner dari A-Z semasa proses tempahan. Slip nombor akan diserahkan kepada customer, dan customer akan serahkan slip tu ke Salesman kereta atau kedai motor. Mereka yang akan buat pendaftaran.

      Padam
  14. tuan, skrg da memang stop eh nombor F ni. last FD ke? btw nice kereta dengan motor tu.. mantap

    BalasPadam
    Balasan
    1. single F masih ada. FA, FB, FC pun ada lagi. Yang Whatsapp saya je tahu.. hihi

      Padam
  15. Balasan
    1. belum lagi tuan. dijangka 2027 april tuan untuk FJ.

      Padam
  16. ff agak2 bila keluar tuan

    BalasPadam
  17. Tq tuan. Insha Allah akan berhubung dengan tuan kelak.

    BalasPadam
  18. Plat FH dijangka bila keluar ye?

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama