Tukar nombor plate tanpa beli kenderaan baru

Buang nombor plate lama

Untuk mereka yang beli kenderaan second (terpakai) boleh tukar nombor plate tanpa beli kenderaan baru. Proses ini dinamakan interchange. Ye la kekadang nombor lama tu tak cantik, ada pulak yang cakap nombor tak ong. Masing-masing la punya pendapat.

Dulu saya tukar plate Wilayah ke plate Tawau.

{getToc} $title={Topik Rengking yang dibincang}

3 Langkah mudah untuk tukar nombor plate lama.

Untuk interchange, boleh je buat sendiri, Caranya.
  1. Buat appointment Puspakom untuk inspection B2 ke atas kenderaan lama.
  2. Selepas lulus pemeriksaan B2 di Puspakom, bawak laporan B2 dan borang K1 ke JPJ
  3. Uruskan interchange di JPJ, nombor lama masuk ke K1 baru, dan nombor baru masuk ke kenderaan lama.
Semudah itu je.

Biar saya jelaskan secara lengkap kat bahagian ni pulak.


Appointment Puspakom

Untuk temujanji dengan Puspakom ni, korang perlu buat secara online dalam aplikasi MyPuspakom. Dalam apps tu nanti kena pilih tarikh yang bersesuaian dan avaiable. Rujuk panduan yang Puspakom sediakan untuk penggunaan apps MyPuspakom tu.

Lepas je dapat tarikh untuk pemeriksaan kenderaan tu, kena pastikan kenderaan (motor atau kereta) tu mengikut spesifikasi yang ditetapkan puspakom. Contohnya;
  • tinted tak boleh gelap, biasanya orang cabut tinted.
  • bunga tayar mesti cantik, jangan botak pulak.
  • lampu signal, headlamp, rear lamp mesti hidup.
  • pendek kata kena standart la.
Lepas tu barulah hati tenang bawak kereta pergi ke Puspakom. Datang awal sikit dari jadual yang korang dapat tu. Nanti sampai turn, pegawai Puspakom tu akan periksa kenderaan korang dan bagi kelulusan.

Proses tukar nombor plate (pendaftaran) di JPJ

Lepas je dapat kelulusan tu, boleh terus bawak report B2 yang Puspakom bagi tadi bersama Borang K1 ke JPJ.

Ye boleh terus uruskan kat JPJ pada hari yang sama. 3 benda yang nak kena bawak ke JPJ time tu;
  1. Laporan B2 yang dah diluluskan
  2. Borang K1
  3. Slip plate baru.

Laporan B2 yang dah lulus

Laporan B2 yang dah lulus akan diberikan oleh Puspakom. Yang ni pihak Puspakom akan bagi korang selepas semua urusan pemeriksaan kat Puspakom tu selesai.


Borang K1

Borang K1 adalah borang untuk daftarkan kenderaan baru. Mana nak dapat borang ni? Untuk korang yang memang nak buang terus nombor plate lama, boleh sewa borang K1 dengan saya. RM620 sahaja.

Kalau tak nak sewa K1, boleh terus pergi kedai dan beli motor baru, bagitau tauke kedai tolong sediakan K1 atas nombor lama korang tu. Nanti tauke tu akan keluarkan K1.

Jadi boleh pilih,
  1. nak beli motor baru (minimum RM3000 dapat DY90 atau Kriss MR3) atau,
  2. Sewa K1 dengan saya RM620.

Whatsapp saya OlO6OO9966 untuk sewa K1. {alertSuccess}

Saya akan forward borang K1 bebentuk pdf dan bertaip komputer yang perlu korang print sebelum pergi ke JPJ.

Urusan tukar nombor plate lama di JPJ

Serahkan laporan B2, borang K1 dan slip nombor baru korang ke kaunter JPJ. Kat sini JPJ akan uruskan pertukaran nombor tu. Korang duduk relaks je.

Lepas je selesai, ada satu lagi perkara yang anda kena buat iaitu, tukar nama motor baru tadi ke pemilik kedai semula.

Ingat lagi tak borang K1 tadi?

Ya borang K1 tu sebenarnya adalah borang daftarkan motor baru atas nama korang. So korang boleh masukkan nombor lama ke motor baru tu. Tapi motor tu bukan milik korang pun, korang hanya sewa untuk buang nombor lama.

Jadi bila dah selesai untuk tukar nombor tu, korang perlu maklumkan kepada JPJ, nak tukar nama motor tu ke owner baru. Saya akan berikan nama, nombor ic dan alamat owner baru (tauke kedai) untuk korang isi borang tukar nama tu.

Untuk urusan tukar nama ni, korang tak perlu bayar. Kosnya RM3 je, nanti tauke kedai buat sendiri selepas korang bagi slip kat bawah ni (Rujukan Tukar Hak Milik).



Lepas je sini borang tukar nama, JPJ akan keluarkan satu slip camni. Korang snap gambar slip ni dan berikan pada saya semula. Selesai.

Itu sahaja, maka selesai urusan interchange atau tukar nombor atau buang nombor lama anda.

Insuran dan Roadtax (cukai jalan)

Anda perlu maklumkan dan double confirm dengan pihak insuran selepas selesai proses tukar nombor tu.

Untuk cukai jalan, jangan risau. JPJ akan print roadtax baru untuk korang tampal kat kereta. Tapi kan sekarang digital roadtax, takyah la tampal.

Sekian. Sebarang urusan sewa k1 boleh hubungi saya ye O1O6OO9966.

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi baca artikel ini. Mohon komen sebagai tanda anda telah menjejakkan diri ke sini.

Terbaru Lebih lama