Jumlah simpanan untuk selesa bersara


Perkara ni ramai je pakar kewangan kongsi dan bincangkan. Saya je nak tak ambik port sebelum ni. Tapi sejak saya fikir yang saya tak selamanya muda, tak selamanya akan ada kudrat yang kuat, topik dana pencen adalah sangat-sangat menarik untuk difikirkan.

Kita tak selamanya muda {alertError}


Dapatan saya adalah, kita semua yang hidup ni perlu pajakkan masa, tenaga (selagi bernyawa) untuk pastikan duit sentiasa ada untuk kehidupan sehari-hari.

Saya fikir, boleh tak saya nak redeem masa dan tenaga saya untuk aktiviti lain yang saya nak buat?

Ada.

Rujuk screeshot post Alwi Adam tu, cukupkan RM5 juta, then bersara dengan tenang. InsyaAllah.

RM5 juta tu bukanlah untuk digunakan, tapi untuk disimpan di tempat yang akan beri pulangan.

Sebagai contoh, RM5 juta disimpan dalam Bank yang boleh bagi pulangan at least 3% setahun. Boleh dapat RM150,000 setahun. Sebulan RM12,500. Sehari RM416. Dah sangat selesa dah tu.

Ada ke bank yang bagi pulangan 3% setahun?

Ada.

Buat masa ni saya nampak GXBank. Pulangan 3% setahun dan dibayar setiap hari. Maksudnya setiap hari saya boleh dapat RM416 dalam akaun saya tanpa menjejaskan capital RM5 juta tadi.

Tapi boleh ke simpan RM5 juta dalam 1 akaun bank tu? GX Bank ni dia ada mention yang bank boleh tentukan jumlah maksimum yang boleh disimpan dalam akaun tu.

Bank berhak menetapkan baki maksimum yang boleh disimpan dalam akaun simpanan anda. Jumlah baki maksimum akan ditentukan oleh Bank dan dimaklumkan kepada anda dari semasa ke semasa. Jumlah baki maksimum ini akan merangkumi baki agregat dalam Akaun Utama dan Saku Simpanan anda. Setelah baki maksimum dalam akaun simpanan anda dicapai, anda tidak dibenarkan membuat sebarang deposit atau menerima sebarang pindahan ke dalam akaun simpanan anda. Faedah akan terus dikira berdasarkan baki dalam setiap Akaun Utama dan Saku Simpanan dan akan dibayar oleh Bank ke dalam Akaun Utama dan Saku Simpanan yang berkaitan atau kepada anda melalui cara lain. Bank juga boleh membuat kredit lain (contohnya, wang tunai kembali atau ganjaran) ke dalam akaun simpanan anda setelah baki maksimum dalam akaun simpanan anda dicapai. - GXBank {alertInfo}


Kalau tak boleh simpan semua RM5 juta tu ke dalam 1 akaun, simpanlah kat beberapa tempat lain.

Don't put all your eggs in one basket

Cypto ada, Rize Bank ada. Boleh jugak invest pada REIT dan tempat-tempat lain yang risiko rendah. Takkanlah nak letak RM5 juta kat satu tempat pulak kan?

Pokok pangkalnya dengan RM5 juta tu memang boleh besara dengan tenang.

Sekarang ni, ada ke RM5 juta tu?

Kalau takde, please devote your energy and time wholeheartedly to achieve the goal of obtaining RM5 juta mulai sekarang. Lepas je dapat RM5 juta, tebus balik masa dan tenaga korang, lepas tu boleh bersara.



Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi baca artikel ini. Mohon komen sebagai tanda anda telah menjejakkan diri ke sini.

Terbaru Lebih lama