Infinix XPAD paling berbaloi sebab murah

Lepas je aku dapat Table XPAD Infinix ni, aku rasa memang aku dah tak perlukan lagi laptop untuk buat kerja.

Sebenarnya dulu aku pernah beli tablet Xiaoxin Lenovo Dan aku mempertikai functionality dia sebab tak menyamai laptop. Fuh ramai jugak Komen kata aku tak buat research, bukan tak buat research tapi kurang research. So itu citer dulu.



{getToc} $title={Topik Rengking yang dibincang}

XPAD menepati citarasa penggunaan

Sekarang ni nak cerita betapa Infinix XPAD ni menepati apa yang aku perlukan sebagai tools untuk aku buat kerja. Dia macam laptop pun ye, mobile pun memang mobile.

Dengan harga yang agak murah, zaman dulu tak dapat harga camni sebab dulu tak wujud lagi brand Infinix. Harga RM899 untuk versi yang boleh masuk simkad, tapi masa aku beli dapat murah lagi sebab ada promo apa ntah tak ingat.

Spesifikasi XPAD

Untuk versi boleh masuk sim ni, RAM dia bagi 8GB Dan storage dia 256GB. Skrin dia bersaiz 11 inchi IPS LCD pastu bateri punya kapasiti 7000MaH. Untuk pengetahuan korang, charging speed untuk XPAD ni takde la laju mana, 18w je tapi ok je la, acceptable sangat-sangat bagi aku. Kira ok la kan dapat 50% penuh dalam 40 minit. Charge je time tido, tido pun lebih 4 jam kan?

Dengar cerita Infinix ada technology yang cut off charging once bateri dah penuh. Tak Tau la features tu ada kat XPAD ni ke tak.

Temperature steady

Lagi satu kenapa aku pilih Infinix ni, sebenarnya aku ada guna 1 phone Infinix Note 12 as second phone aku, Dan phone utama aku Redmi Note 13 pro yang aku baru beli. Citer dia camni, as phone utama Redmi note tu aku guna untuk hotspot data ke device aku yang lain.

Tapi mak aih.. dia punya temperature dia panas sangat-sangat weh. Dia punya panas tu bukan panas biasa, panas yang betul2 panas. Kiranya kalau ko sentuh surface kepanasan tu mcm boleh melecur la. 

Tau tak sebenarnya aku beli Redmi note 13 pro untuk menggantikan phone utama aku sebelum tu. Tau tak phone apa? Redmi note 9s. Aku tukar ke Redmi note 13 pro sebab Redmi note 9s tu jadi panas kalau buat hotspot data. Laaaa sekali tukar ke Redmi note 13 pun sama jugak.

Jadi aku decide jadikan Infinix Note aku tu sebagai phone utama untuk menggalas tugas memberikan hotspot data ke device2 lain. Surprisingly tak panas ye. Hotspot on 24 jam untuk data Onexox B150 250gb heheh iklan sket.

Atas dasar tu la aku percaya kat Brand Infinix ni. So nak beli tab jenama Infinix, aku terus on je sebab brand dia memang terpecaya, harga murah pulak tu dah macam tab untuk budak-budak beli kat tiktok tu.

Dapat keyboard sekali (Jenama Infinix)

Dia punya murah tu, ko bayangkanlah ye. Ko beli XPAD, ko dapat keyboard secara percuma. Dah la sedap keyboard ni buat menaip. Memang function sangat. Keyboard yang Infinix bagi ni sangat praktikal sebab takde touch pad. Aku tak suka ada touch pad, sangat mengganggu.

Nak buat apa touch pad ni? Kan ke memang XPAD ni sebuah tablet yang tentu-tentulah skrin dia boleh di touch. Pengalaman menaip jadi lebih senang. Cara nak guna keyboard  XPAD ni punya la senang sangat. Cuma perlu on suis kecik kat tepi keyboard tu, XPAD akan terus auto detect Dan connect dengan keyboard. Wah dah apple weh ada ekosistem dia sendiri. Tapi susah sket la nak on off switch tu sebab dia kecik Dan comel sangat. Kalau nak charge keyboard ni pulak ada USB type C kat sebelah suis tu. Sekali charge lama bebenor boleh guna. Sampai sekarang aku lum recharge lagi keyboard ni sejak beli. 

Selain tu dia bagi cover untuk XPAD ni yang mana aku tak gunakan pun sebab better aku sarung je keyboard ni. Sebab aku rasa aku lebih perlukan keyboard, lagipun keyboard ni dah jadi macam cover jugak untuk XPAD.

Dalam kotak tu dia bagi jugak screen protector tambahan. Aku pun tak Tau la apa fungsi dia bagi screen protector tu since unit yang dia hantar ni dah ada screen protector. Untuk backup kot.

Universal pencil tak berapa function

Aritu aku adalah beli Universal Pencil untuk XPAD ni, tapi tak berapa nak sesuai Dan tak berapa nak function. Sebabnya pencil ni macam tersekat-sekat kalau guna kat XPAD. Kalau guna kat phone lancar pulak. Mungkin sbb XPAD ni ada screen protector kot, tu yang tak berapa detect. Tapi kat phone pun ada screen protector, ntahla. Nanti la aku buat video lain pasal universal pencil tu untuk beg kuning haha.

Jadi secara kesimpulannya, pembelian aku kalini memang sangat-sangat berbaloi. Aku percaya XPAD ni boleh untuk gaming, tapi aku bukanlah gamer Dan aku tak guna XPAD ni untuk tujuan tu. Aku hanya guna XPAD ni untuk kerja-kerja blogging, edit video guna Capcut Dan layan Netflix. Tu je.

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi baca artikel ini. Mohon komen sebagai tanda anda telah menjejakkan diri ke sini.

Terbaru Lebih lama