Dapat 4% setahun, guna Rize Digital Bank lebih untung

Simpan duit kat Rize Bank boleh dapat keuntungan 4% setahun dan dibayar setiap bulan. Rize Bank ni sebenarnya Digital Bank yang dikuasakan oleh Al-Rajhi Bank. Jadi kenapa aku cakap lupakan MAE, install Rize apps sekarang?

Rize atau Touch N Go

Sebelum ni aku ada kongsikan simpan duit kat e-wallet Go+ Touch N Go dapat 3.6% dividen setahun yang dibayar setiap hari, berbeza dengan Rize Apps ni dapat 4% dividen setahun dan dibayar setiap bulan.

{getToc} $title={Topik yang dibincang}


4% kira tinggi jugaklah. Bezanya dengan Go+, Go+ bukan bank jadi takde perlindungan PIDM untuk sebarang kehilangan duit. Rize pulak adalah Bank Digital, dan semua deposit dalam akaun Rize adalah dilindungi oleh PIDM sehingga RM250,000.00 kalau tak silap aku.

Persamaan Rize dan Go+ ni, kedua-duanya patuh Syariah. {alertInfo}

Untuk dividen 4% setahun tu offer sampai hujung Mac 2024. Lepas tu tak tahu lah berapa Rize nak offer. 

Special profit rate Rize 4%

Install dan daftar Rize Apps

Untuk daftar akaun Rize ni tak perlu ke cawangan Al-Rajhi Bank pun. Cuma perlu install apps Rize kat playstore, apple store atau Huawei AppGallery. Lepastu buat permohonan dalam apps tu.

Lepas dah daftar dan mohon, tunggu kejap tak sampai 1 jam biasanya untuk akaun diluluskan. Bila dah lulus kena buat deposit at least RM20 untuk akaun tu aktifkan akaun. Once dah aktif, boleh mohon kad ATM. Free je ok Kad ATM tu, pihak Rize akan pos terus ke alamat yang korang provide masa pendaftaran tadi.

Pengeluaran duit

Kalau nak buat pengeluaran duit, RM20 tadi tu boleh je terus dikeluarkan. Maksud aku boleh la transfer ke akaun bank lain contohnya Maybank ke, CIMB ke. Tapi tu lah, kalau transfer balik ke Maybank atau CIMB dapat la 0.2% setahun dari RM20 tu nanti. Elok biar je kat dalam akaun Rize tu, dapatlah 4% setahun.

Nak keluarkan terus guna kad ATM pun boleh, tapi tu lah, kad belum sampai lagi pulak. Hahaha..

Jadi apa kena mengena dengan MAE pulak ni?

Fungsi Tabung

Untuk pengetahuan korang, MAE oleh Maybank ni ada fungsi untuk korang simpan duit. Fungsi Tabung. 

Sebagai contoh kalau aku nak saving untuk bayar servis kereta, aku boleh wujudkan tabung "Servis Kereta" dalam MAE tu, dan set limit nak simpan berapa banyak, dan bila due date dia. Kira macam asingkan duit dalam bank tu lah mengikut kategori.

Kat Apps Rize, ada jugak fungsi tabung ni. Fungsi ni dipanggil Saving Pot. Bezanya dengan MAE, semua duit dalam Saving Pot masih earning dividen 4% tu tadi. Dah la menyimpan, dapat pulak dividen 4%. Dapatlah duit aku tu lawan inflasi. Boleh buat 3  Saving pot je dalam akaun ni.

Soalan yang selalu ditanya (F.A.Q)

Nak bukak akaun bank Rize tak perlu ke cawangan al-Rajhi Bank. Cuma download apps Rize dan terus mohon dalam aplikasi. Semua urusan hanya dalam apps, dari pendaftaran dan kelulusan akaun.

  • Deposit, pengeluaran, dan pemindahan (melalui DuitNow atau QR Pay)
  • Pengurusan akaun dan pengurusan kewangan peribadi (analisis perbelanjaan)
  • Saving Pot (untuk fungsi tabung dan pengasingan simpanan)
  • Permohonan kad debit, pembelian, dan penyelenggaraan akaun Rize
  • Perkhidmatan ATM dan ePenyata
  • Pembiayaan peribadi (personal loan) dan pembayaran balik pinjaman.

Ye boleh, yang penting ada internet.

  • Warganegara Malaysia dengan MyKad yang sah. Bagi pemegang Kad Tentera belum boleh lagi.
  • Berumur 18 tahun ke atas.
  • Pemohon mesti menjadi penduduk dan pembayar cukai di Malaysia..
  • Memiliki akaun bank aktif dengan bank lain di Malaysia. (CIMB, Maybank, RHB dan lain lain bank)

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi baca artikel ini. Mohon komen sebagai tanda anda telah menjejakkan diri ke sini.

Terbaru Lebih lama