Retro game zaman dulu main kat konsol game terkini

Zaman 90an dulu, tak semua orang ada TV apatah lagi komputer (PC). Kalau yang ada TV tu pulak, tak semua orang ada konsol video game. Jenama yang popular waktu 90an dulu adalah Micro Genius. Aku rasa Micro Genius ni pelopor video game zaman tu. Siapa yang ada konsol ni kira orang berada la time tu. Aku betul-betul rasa bahagia bila dapat main game zaman dulu, zaman 90an.


{getToc} $title={Topik yang dibincang}

10 Retro Game zaman dulu yang paling diingati

Game yang popular masa ada konsol video game Micro Genius ni antaranya;
  1. Super Mario Bros. (1985): Yang ni paling iconic. Rasanya semua zaman dia ada. Cumanya versi 1985 ni paling legend.
  2. Bird Hunt: Game tembak itik. Ada special aksesori untuk game ni. Time tu aku cukup kagum camna la pistol tu boleh tembak itik dalam TV.
  3. Super Galaxy:Aku ingat-ingat lupa tajuk game ni, tapi game tu yang tembak-tembak kapal angkasa penajat, lepas tu ada kapal angkasa yang macam lalat turun untuk tabur peluru.

  4. Donkey Kong: Ntah apa la motif game Donkey Kong ni, aku tak berapa ingat. Yang aku ingat, ada donkey kong yang campak barrel kayu ke bawah untuk halang pemain naik atas selamatkan Puteri.

  5. Arkanoid: Ini adalah game paling addictive punya. Game yang lantun-lantunkan bola untuk pecahkan block kat atas tu. Kadang board kita boleh jadi panjang, kadang bola yang melantun boleh jadi banyak.

  6. Pac-Man (1980): Yang ni memang aku ingat sampai sekarang, Mungkin sebab ada movie PAC MAN tu kot. Yang makhluk bulat makan dot dot tu, kadang-kadang makan anggur, bila makan anggur dia boleh makan hantu tu sekali.
  7. Bomberman: Watak game ni kena pasang peledak kat batu-batu untuk dia bergerak ke tempat yang dia nak tuju. Bom tu boleh jugak untuk hapuskan musuh.
  8. Tetris (1984): Muzik background game ni masih terngiang lagi dalam kepala aku.
  9. Kontra: First time main game ni, aku rasa inila game paling advance dan paling teruja kalau nak main. Dulu game ni biasanya tak termasuk dalam list game-game lain, dia ada kaset (tape) dia sendiri.
  10. Street Fighter II (1991): Yang ni pun sama, dia ada tape dia sendiri, kena beli asing. Paling koman pun tape yang 4 in 1 punya. Dalam 1 tape ada 4 game. Paling teruja bila aku dapat buat Guile keluarkan sabit api tu ha.

Harga konsol game zaman dulu

Zaman berlalu, kalau dulu rasanya nak dapatkan konsol game tu paling-paling harganya RM200 ke atas. Pulak zaman tu nak dapat RM200 bukan macam zaman sekarang.

Belum lagi nak beli tape game tu. Biasanya tape game yang 90 in 1, 100 in 1 dia bagi sekali. Kalau nak beli tape untuk game lain, mau RM50 ke RM60 untuk 1 game.

Contohnya dulu aku pernah beli tape game untuk game bola. RM60 kalau tak silap aku. Punya la aku simpan duit belanja sekolah beberapa bulan nak dapatkan RM60 tu. Sekali balik rumah, tape tu tak boleh main, rosak. Macam ada glitch.

Bawak balik ke tokey kedai game tu, dia cakap aku yang rosakkan. So dia tak nak ganti. Sabar je lah..

Main game retro pada zaman sekarang

Kalau aku boleh balik ke zaman tu, aku nak jumpa diri aku yang time tu umur 14 tahun, aku nak bagi dia Game Console yang ada 500 game yang ada kat zaman sekarang ni.

Ye betul, game zaman-zaman dulu tu dah ada kat konsol yang compact dan ada lebih 500 game dalam 1 console tu. Ada yang RM30, ada yang cecah RM100 lebih.

Power bank dan game, 2 dalam 1.


Handheld retro game zaman dulu ni, selain ianya console ianya juga adalah sebuah power bank dengan kapasiti bateri 10,000mAH. Fungsinya 2 dalam 1, isi game 500 dalam 1.

Aku dapat bayangkan betapa diri aku yang zaman 90an tu sangat excited bila ada console game tu.




Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi baca artikel ini. Mohon komen sebagai tanda anda telah menjejakkan diri ke sini.

Terbaru Lebih lama