Cara terminate Coway

Terminate Coway water filter



Kalau sebelum ni Coway bagi tempoh matang 2 tahun untuk sesebuah produknya. Tapi ntah bila Coway dah ubah tempoh matang dari 2 tahun jadi ke 7 tahun. Apa maksudnya? Maksudnya kalau nak tamatkan Coway ni, nak tak nak memang akan kena penalti. Jadi saya baru call careline Coway tadi. Panggilan tu memang saya nak tahu cara terminate Coway.

Penafian: Ini adalah perkongsian berdasarkan maklumat yang diberikan oleh pihak careline Coway (Encik Zafran) dan saya kongsikan kembali untuk rujukan pembaca. {alertWarning}

{getToc} $title={Topik Rengking yang dibincang}

Tempoh matang

Sejak kecoh isu Reina Klum nak tamatkan kontrak Coway, saya pun terfikir yang saya pernah buat panduan cara untuk tamatkan Coway beberapa tahun lepas. Tolak tepi isu siapa sain, yang penting kita nak tahu cara tamatkan kontrak Coway ni.

Secara ringkasnya cara nak tamatkan Coway dalam panduan lama tu adalah;
  1. Pastikan tempoh langganan telah cecah minimum 2 tahun. (Tempoh matang 2 tahun).
  2. Hubungi Careline dan maklumkan nak tamatkan akaun.
  3. Technician datang ambil unit.
  4. Selesai.

Tapi itu dulu ye. Time tu tempoh matang 2 tahun dan kita boleh pulangkan unit tanpa sebarang penalti sekiranya melepasi tempoh matang 2 tahun tu. Menurut pihak careline Coway sekarang ni tempoh matang adalah 7 tahun. Iaitu sama dengan tempoh langganan Coway.

Termination fee Coway

Jadi nak tak nak, untuk tamatkan Coway memang kena bayar termination fee, atau bayaran penalti. Cara kiraan dia adalah;

Tempoh langganan (bulan) tolak dengan tempoh dah guna (bulan) didarab dengan jumlah bayaran bulanan (RM) dan kemudian dibahagi dengan 2. Itulah jumlah yang perlu dibayar kepada pihak Coway sebagai termination fee.

Tempoh langganan 7 tahun bersamaan dengan 84 bulan. Penggunaan 2 tahun bersamaan dengan 24 bulan. Bayaran bulanan untuk water filter saya RM65. Jadi jumlah penalti yang perlu dibayar kepada Coway untuk tamatkan langganan adalah RM1950.

Anda boleh gunakan kalkulator pengiraan bayaran penalti Coway yang saya sediakan di bawah ni.

Kalkulator Bayaran Penalti Coway



Cara untuk tamatkan kontrak Coway

 Bila anda rasa bayaran penalti tu berbaloi untuk tamatkan Coway anda, maka anda boleh hubungi pihak Coway untuk langkah seterusnya;

  1. Hubungi pihak Careline Coway di 1800888111.
  2. Maklumkan kepada pihak careline yang anda nak tamatkan kontrak coway dan nak buat pemulangan unit (Water filter atau lain-lain produk).
  3. Careline akan buat pengiraan dan berikan anda nombor akaun (Jompay) untuk anda buat bayaran jumlah penalti yang dikenakan.
  4. Kemudian pihak Coway akan assign technician Coway berhampiran untuk ambil unit Coway anda.
Sekiranya anda tidak membayar jumlah penalti yang dikenakan selepas anda memohon untuk terminate akaun Coway anda, duit akan ditolak secara automatik dari akaun bank anda.

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi baca artikel ini. Mohon komen sebagai tanda anda telah menjejakkan diri ke sini.

Terbaru Lebih lama