Apa itu borang K1?
Borang K1 adalah borang untuk daftar sesebuah kenderaan. Sebelum sesebuah kenderaan sama ada motorsikal atau kereta didaftarkan, satu borang K1 perlu dikeluarkan untuk tujuan pendaftaran. Jadi di sini kenapa perlu ada servis sewa borang K1?
{getToc} $title={Topik yang dibincang}
Sewa borang K1
Sekiranya anda nak buang nombor plate kenderaan anda dan menggantikannya dengan nombor baru, anda perlu memindahkan nombor plate lama tu ke kenderaan baru yang lain. Ada 2 cara untuk pindahkan nombor plate lama;
- Beli kenderaan (motor atau kereta) baru.
- Sewa K1 kenderaan baru.
Beli kenderaan baru (Pindahkan nombor lama ke kenderaan baru)
Sekiranya anda nak beli kenderaan (motor atau kereta) baru, anda perlu maklumkan kepada Sales Advisor atau kedai motor untuk sediakan borang K1 atas nombor pendaftaraan (nombor plate) lama anda tu. Sebagai contoh anda ada kereta kancil dengan nombor plate WMN2406, anda nak pindahkan WMN2406 ke kenderaan baru, beritahu SA atau kedai yang anda nak K1 disediakan atas nombor plate WMN2406.
Sewa K1 kenderaan baru (Buang nombor lama untuk masukkan nombor baru)
Seandainya anda mempunyai sebuah kereta atau motorsikal dengan nombor plate SWE3373, dan nak tukar nombor plate kereta anda ke nombor plate baru. Situasi ini anda perlu untuk "buang" nombor plate lama SWE3373 yang ada pada kereta/motor anda ke tu satu kenderaan baru. Di sinilah sewa K1 berfungsi. Satu borang K1 akan disediakan atas nombor plate SWE3373 itu tadi.
SWE3373 akan didaftarkan pada motor baru. Bila pemindahan ini berlaku, kenderaan lama anda tiada nombor pendaftaran, inilah masanya untuk masukkan atau daftarkan nombor pendaftaran baru ke kenderaan lama anda itu tadi.
Setelah selesai urusan pendaftaran SWE3373 ke motorsikal, anda perlu tukar nama motorsikal berkenaan kepada pemilik motorsikal itu semula. Urusan ini dibuat sekaligus semasa proses interchange (tukar nombor) dilakukan di kaunter JPJ.
Apabila anda telah membuat proses penukaran nama motor kepada pemilik asal tadi, maka proses sewaan K1 tadi telah melalui cycle yang lengkap. Selebihnya pemilik motor baru itu tadi akan menebus nama motor ke atas namanya dalam masa 7 hari selepas anda selesai membuat urusan tukar nama tadi dan menyertakan slip tukar nama kepada pemilik asal motor baru.
Slip ini perlu diserahkan (Whatsapp) semula kepada pemilik motor membuktikan anda telah membuat penukaran nama |
Harga servis sewa Borang K1
Tak semua kedai motor akan memberikan sewaan K1 kepada mana-mana orang. Sekiranya anda memerlukan khidmat sewa borang K1, anda boleh menghubungi saya di O1O6OO9966. Caj adalah RM660 untuk sewaan yang bertujuan buang nombor plate lama.
Sekiranya berlaku situasi di mana anda hendak memindahkan nombor lama yang bukan milik anda ke kenderaan baru, kemudian nak tukar nama motor kepada nama anda, kemudian nak buat proses tukar nombor, caj adalah RM950. Proses ini saya gelarkan 3 layer process.
- Pindah nombor bukan nama sendiri
- Inspection b2 (pemilik motor akan buat di Puspakom)
- Interchange (pindah nombor ke kenderaan).
Apa jadi dengan nombor lama yang dibuang?
Nombor lama yang dibuang akan kekal pada motorsikal. Dan motorsikal ini akan dijual oleh kedai motor berkenaan dengan harga sedikit murah berbanding motorsikal baru yang lain.
Tags:
tukar nombor plate