4 Jenis Cara buat duit guna Google Maps

Ramai betul orang bincang cara buat duit guna Meta. Mark Zuckerberg dah mula bagi duit bagi setiap kandungan yang dibuat oleh pemilik akaun Facebook. Jadi ramailah berpusu-pusu aktifkan Professional Dashboard fb masing-masing untuk bermula.


Cara untuk dapat duit dari monetization konten tu adalah bila orang view konten tu. Lagi banyak orang view, lagi cerah peluang untuk dapat earning lebih.


Kesimpulan, nak dapat earning, kena ada orang view, nak ada orang view kena ada konten, nak ada konten kena ada idea. Selebihnya kena ada kemahuan baru semua tu terlaksana.


Kalau orang yang jenis malas nak fikir idea, boleh mintak ChatGPT senaraikan idea termasuk skrip untuk buat konten video. Kalau malas jugak tapi nak dapat duit, cuba cara ni. Tak perlu cari idea, tak perlu buat video.

{getToc} $title={Topik Rengking yang dibincang}

Cara buat duit dengan Google Maps.


Ada banyak cara untuk buat duit dengan Google Maps ni, tapi ini antara yang mudah untuk dilaksanakan;


  1. Buat profile Google My Business RM80
  2. Update profile Google My Business RM50
  3. Buat Website RM350
  4. Servis Review (Local Guide Review) RM30-RM50


Tambahan

  • Mengurus profile GMB (Bulanan)

Buat Profile GMB

Cari mana-mana kedai atau perniagaan aktif yang belum tersenarai dalam Google Maps. Cadangkan kepada pemilik bisnes untuk mewujudkan profile di Google Maps supaya boleh dicari oleh bakal pelanggan.

Harga

RM80 sekali bayar.

Update Profile GMB

Sekiranya pemilik bisnes dah ada profile tapi tak dikemaskini, boleh tawarkan servis untuk update info, citation, gambar untuk GMB mereka.


Harga

RM50 sekali bayar.


Buat Website

Yang ini paling best. Cari dalam Google Maps mana-mana profile GMB yang belum ada website. Terus hubungi pemilik bisnes melalui call atau Whatsapp, tawarkan untuk buat website.

Beritahu harga dan maklumkan kepada mereka bayar bila website dah siapa sahaja. Bila dah siap, tunjukkan kepada customer dan sekiranya customer berpuas hati, boleh la sediakan invois untuk menerima bayaran.

Boleh sediakan beberapa template design website untuk memudahkan kerja.
Contoh layout website yang boleh dibuat untuk GMB



Harga

RM350


Servis Review (Local Guide)

Perasan tak dalam Google Maps ada ruang review? Selalu kalau kita pergi satu-satu tempat, nanti Google secara automatik akan mintak kita review tempat tu. Boleh letak rating bintang, komen dan upload gambar atau video atau kedua-duanya sekali.

Sebenarnya nilai review kita sangat tinggi bagi sesebuah perniagaan. Dan dengan review kredibiliti sesebuah bisnes tu akan naik.

Servis review ni boleh ditawarkan kepada pemilik bisnes untuk menambahkan lagi kredibiliti bisnes.

Harga

RM30 - RM50 bergantung kepada Level akaun anda.

Jadi kesimpulannya, buat duit dengan Google Maps lagi senang berbanding buat konten untuk Meta (Facebook).

Cuma perlu rajin la contact bakal pelanggan.

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi baca artikel ini. Mohon komen sebagai tanda anda telah menjejakkan diri ke sini.

Terbaru Lebih lama