Cara buat review kat Google Maps

Cara aku buat review Google Maps

Dulu aku pandang enteng je buat review kat Google Maps. Asal ada, asal boleh. Tapi sebenarnya kalau kita buat betul-betul review tu, selain dapat bantu bisnes tu naik, akaun (profile) Google Maps kita pun akan naik level dan dapat point yang banyak. Jadi camnilah cara buat review kat Google Maps cara aku.


{getToc} $title={Topik Rengking yang dibincang}


Persediaan bahan


Untuk tinggalkan review yang baik, tak cukup sekadar bagi rate 3,4, atau 5 bintang kat sesuatu lokasi tu. Ini apa yang biasa aku sediakan setiap kali aku berada kat lokasi tu.
  1. Snap beberapa keping gambar
  2. Rekod 1 atau 2 video
  3. Catit beberapa point kritikan dan pujian (ingat dalam kepala je pun boleh)

Ambil gambar lokasi

Biasanya aku memang akan snap beberapa keping gambar bervariasi. Aku bagi contoh kedai makan lah, sebab ini yang paling senang untuk bagi contoh.
  1. Snap gambar makanan dan minuman
  2. Gambar suasana kedai makan
  3. Gambar kedudukan kedai atau hadapan kedai (untuk orang lain tahu keadaan kedai)
  4. Bonus, snap la gambar tandas, untuk tujuan keselesaan. Itupun kalau tandas tu bersih.

Rekod Video

Untuk video boleh ulang item kat topik ambil gambar iaitu rekod video makanan dan minuman, suasana kedai dan pintu masuk kedai.


Kenapa rekod video? Tahu tak kalau upload video dalam review kat Google Maps, aku boleh dapat point tinggi untuk profile aku. Belum lagi orang like/love review aku, bertambah pointnya nanti.

Catit beberapa kritikan dan pujian

Untuk kritikan dan pujian ni biasanya memang aku "catit" dalam kepala je hahah! Kalau aku tulis kat buku nota nampak gigih betul, dah macam buat kerja review berbayar pulak kan.

Bila dah ready semua bahan yang aku sebut tadi, barulah aku boleh buat review untuk kedai makan tu. Tapi takdelah aku terus tinggalkan review masa aku kat lokasi/kedai tu. Biasanya bila aku dah beredar dari tempat tu atau beberapa hari selepas tu.

Cara buat Review kedai makan guna Google Maps

Selepas aku beredar, aku akan search balik nama kedai tu dalam Google Maps, lepas tu skrol sikit ke bawah dan klik pada menu review.



Lepas aku bagi rating 2,3,4 atau 5 bintang, aku terus upload semua yang aku snap (gambar) dan rekod (video) kat bahagian yang disediakan. Lepastu baru masukkan review bertulis.

Tips untuk buat review Google Maps

Untuk tulis review jangan simply tulis "kedai ni best", "Makanan sedap", "Suasana best". Itu kerja orang malas.

Aku kan rajin, jadi aku buat karangan a.k.a artikel dalam ruangan review tu. Dalam review tu aku tak perlu pening pasal keyword atau SEO. Ini yang aku buat;

Perenggan pertama

Dalam perenggan pertama aku akan buat cerita camna aku leh jumpa kedai tu, sama ada aku baca review orang, atau aku randomly search kat Google Maps. Pandai-pandai la ko goreng cerita dalam ni buat orang seronok nak baca.

Perenggan Isi

Untuk perenggan kedua, ketiga dan seterusnya aku akan komen berkaitan makanan & minuman, apa rasa dia, banyak ke tak portion dia dan lain lain yang perlu.

Layanan staff pun aku akan review. Camna aku dilayan, itulah yang aku akan tulis. Tapi usually kalau layanan tak best aku tak review pun. Atau kalau aku geram sangat, aku report kat owner je la. Tapi kalau yang layan (layanan tak best) tu dari owner, aku bagi hint sikit-sikit je la kat review. Tapi 1 perkara tak best takkan menjejaskan review aku kat part lain yang best.

Selain tu boleh la juga letak cerita pasal suasana kedai tu. Ramai ke, vibe best ke, apa apa pun aku akan tulis untuk pastikan review aku yang terpaling karangan.

Perenggan akhir

Untuk perenggan akhir ni la aku kan kritik dan bagi kata-kata semangat kat owner bisnes.

Tau tak, review yang panjang akan dapat point bonus dari Google Maps. Haa jadi sebab tu lah aku suka buat review panjang.

Kelebihan buat review Google Maps

Jadi apa faedahnya aku buat review ni? Dah la tak berbayar.

Ntahla, aku just suka memudahkan urusan orang lain (bakal customer lain) dan sekaligus dapat bantu owner bisnes meriahkan bisnes dia. Yelah kalau akaun Google Business Profile dah ada review, besar kemungkinan bisnes dia akan naik bila customer buat carian.

Dalam masa yang sama, aku pun dapat point dan level akaun aku pun naik. Dan aku percaya, kalau aku mudahkan urusan orang lain, insyaAllah urusan aku yang lain pun akan dipermudahkan. Tapi bukanlah aku harap balasan, aku buat ni sebab aku suka.

Sebab tu kalau review kedai tu, aku tak buat review yang menjatuhkan. Biasanya aku buat sedikit kritikan yang membina dan dalam masa yang sama aku akan pastikan point positif lain lebih besar rationya berbanding kritikan membina yang aku buat.


 

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi baca artikel ini. Mohon komen sebagai tanda anda telah menjejakkan diri ke sini.

Terbaru Lebih lama