GXBank bagi pulangan 3% setahun, dibayar setiap hari

GXBank vs Rize Bank

Sebelum ni saya ada kongsi pada Rize Bank yang bagi kadar faedah 4% setahun yang dibayar setiap bulan, Kalini saya nak kongsikan pulak satu lagi Digital Bank iaitu GXBank yang bagi pulangan 3% setiap tahun, dan dibayar setiap hari.



{getToc} $title={Topik Rengking yang dibincang}

Compounding interest

Kalau nak kira percent, Rize Bank bagi lagi tinggi iaitu 4%. Setiap simpanan korang yang genap 30 hari akan layak terima pulangan dari Rize bank.

Kalau tak cukup 30 hari, maka tak dikira la interest tu.

Berbeza dengan GXBank, interest akan dikira dari jumlah simpanan yang ada dalam akaun yang cukup tempoh 24 jam. Ye, maksudnya GXBank akan membuat bayaran setiap hari berdasarkan jumlah simpanan yang ada simpan dalam akaun GXBank yang cukup 24 jam.

GXBank pilihan yang sesuai kalau jenis perlukan duit setiap hari (itupun kalau ada RM1 juta dalam akaun la) {alertInfo}

Pilih harian atau bulanan

Sekarang cuba bayangkan anda ada RM5 juta seperti yang saya kongsikan dalam jumlah simpanan yang selesa untuk bersara, anda nak pilih simpan kat Rize atau GXBank?

Dua-dua pun ok.

Kalau simpan di Rize, anda akan dapat RM16,666 sebulan, atau RM555 sehari. Cukup sangat tu. Manakala kalau simpan di GXbank, anda akan dapat RM416 setiap hari atau RM12,500 sebulan.

Kalau ikut dari segi jumlah, memang Rize lah pilihan

Cumanya kadar 4% untuk ssampai tempoh 31 Mac ni sahaja. Lepastu kita tak tahu berapa yang Rize nak bagi.

Simpanan dilindungi PIDM

Bagi kedua-dua Rize dan GXBank ini, kedua-duanya adalah rakan kepada PIDM. Yang mana simpanan anda akan dilindungi sebanyak RM250,000.00 sahaja.

Lebih dari RM250,000.00 kalau hilang PIDM tak tanggung ye. Sama la semua bank pun, memang PIDM hanya lindungi RM250,000 sahaja.



Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi baca artikel ini. Mohon komen sebagai tanda anda telah menjejakkan diri ke sini.

Terbaru Lebih lama