Disconnected

Kalau dulu, manusia dilekakan dengan urusan dunia. Macam kerja, sosial, dan lain lain. Zaman sekarang ni, ada satu lagi wabak yang mengancam manusia. Gajet.

Inilah masanya untuk disconnected.

Saya ada beberapa cara untuk disconnect dari semua ni.

Antara yang paling popular adalah, amalan 5 waktu sehari kita (orang Islam).

Solat 5 waktu.

Antara kelebihan solat yang saya dapati adalah dapat putuskan hubungan dengan dunia luar sebentar.

Reset.

Dulu saya selalu jugak berfikir, mesti ada sebab kenapa ada solat dalam amalan kita seharian.

5 kali sehari kita perlu reset balik diri kita.

Disconnect dari dunia luar dan connected dengan Tuhan semesta Alam.

Selain tu, amalan lain untuk disconnect dari dunia luar bahkan gajet adalah.. Meditasi.

Konsepnya sama.

Untuk masuk ke minda level alfa.

Untuk reset balik semua perkara yang kita buat.

Lagi-lagi kalau minda logik kita tengah menguasai. Elok dihentikan seketika untuk mendapat ilham dan solusi.

Aktiviti lain yang boleh jadikan minda saya masuk ke level alfa adalah... lipat kain!

Ahahaha!

Betul.

Selain dapat disconnect dari segala masalah, lipat kain dah macam satu terapi untuk diri saya.

Saya lebih fokus tentang perkara yang depan mata berbanding permasalah dunia atau kerja yang patut saya selesaikan.

Masing-masing ada cara tersendiri untuk reset atau disconnect.

Cuma, sejauh mana amalan yang kita buat tu mencapai objektifnya samada untuk disconnect atau reset.

Atau sekadar paksaan atau kejawipan yang perlu dilaksanakan.

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi baca artikel ini. Mohon komen sebagai tanda anda telah menjejakkan diri ke sini.

Terbaru Lebih lama