Buat Report Single Landing Page Guna GA4 (Google Analytic 4)

Dalam artikel ni saya nak share camna nak buat report trafik untuk Single Page Blog anda gunakan GA4. Kalau sebelum ni saya buat report trafik guna Universal Analytic (UA), tapi pihak Google dah paksa kita semua untuk guna GA4 start Julai 2023.

Jadi inilah dia cara buat report single landing page (single page) guna GA4 (Google Analytic 4).

Tujuan buat report (generate report) dari Google Analytics ni adalah untuk bagi kat client yang menggunakan servis dalam blog kita.

Mula-mula sekali masuk kat bahagian GA4. Kalau belum setting GA4 boleh hubungi Blogger HasrulHassan untuk dia settingkan.

Masuk menu Explore dan pilih Blank.



Kemudian, pada bahagian Dimension tu, klik tanda "+" dan taip Landing Pages, nanti akan keluar landing Page + Query Strings. Klik apply.



Untuk bahagian Metrics pulak, import semua perkara ni:

  1. Sessions
  2. Entrance
  3. New Users
  4. Engagement rate
  5. Views per user
  6. Average engagement


Lepas tu set pulak Nama dan tarikh untuk laporan ni. Tarikh ni boleh ubah-ubah di kemudian mengikut keperluan report korang.


Lepastu double klik semua item kat Dimension dan Metrics tu, semua item tu akan berpindah ke tab Values kat sebelahnya.

Paparan report akan keluar. Dan tab setting tu boleh drag drop mana yang kita rasa selesa.



Ok sekarang, inilah inti pati kepada keseluruhan topik kali ni. Kita nak set untuk report 1 page sahaja.

Pergi ke tab filter kat bawah tu, dan pilih page yang kita nak sahaja. Selepas klik filter, pilih Landing Page + Query String tu.


Masukkan filter exactly matches dan masukkan url landing page kat bahagian Enter expression tu.

Untuk kes saya, saya masukkan /kereta-sewa-tawau/. Buang domain asal dia. adzril.com/kereta-sewa-tawau/ dan klik Apply.



Tadaaaa... Siap 1 report untuk kereta sewa Tawau punya page.


Klik logo yang macam download tu, dan klik PDF untuk download PDF dan hantar pada klien korang.


Inilah bentuk laporan single Page menggunakan Google Analytic 4 (GA4). Yeay!


Lepas tu kalau korang klik balik menu Explore, kat bawah tu dah ada setting yang korang buat tu secara automatik, so nanti bulan depan atau bila-bila perlu dah tak perlu setting lagi. Cuma perlu akses je report yang korang dah buat tu, dan ubah tarikh.

Yang sebenarnya, boleh je ubah url tu sekali. hahahah! 


Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi baca artikel ini. Mohon komen sebagai tanda anda telah menjejakkan diri ke sini.

Terbaru Lebih lama