Upah Bid Nombor Plate

Memandangkan banyak permintaan untuk bid nombor plate, saya dengan ini membuka servis upah bid nombor plate untuk pihak anda. Aktiviti bid akan dijalankan menggunakan akaun pelanggan, saya adalah pihak ketiga yang akan menguruskan proses bidaan nombor anda. Teruskan bacaan untuk terma dan syaratnya.

Walaupun nombor yang anda inginkan itu nombor yang agak random seperti 9632 atau 1845 dan lain-lain anda digalakkan untuk bid nombor yang anda inginkan.

Kelebihan Bid Nombor.

  • Dapat guna awal sekiranya menang bidding. Kalau nak tunggu open di kaunter (atau guna servis runner) memang akan ambil masa. Biasanya 2 atau 3 minggu selepas tamat sesi bidding.
  • Harga yang lebih murah sebab tak perlu bayar caj runner untuk beli di kaunter. Itupun kalau kurang saingan lah.
  • Bebas pilih nombor lain sekiranya nombor yang anda inginkan sudah dibida dengan harga yang tak masuk akal.
Anda boleh dapatkan panduan Bid Macam Jerung sebagai panduan untuk anda menyertai sesi bidding nanti (atau mana-mana bid siri lain). {alertInfo}

 

Boleh dapatkan versi percuma Bid Macam Jerung (Free) untuk faham asas membida di JPJ ebid. 

Panduan dalam bentuk PDF


Caj Upah Bid Nombor Plate

Sekiranya anda mahu menggunakan servis saya dan Team Magicalips untuk bid nombor untuk anda, berikut adalah caj yang dikenakan; Berikut adalah contoh ye.

Contoh nombor yang nak dibida: 6517.

Bidaan minima RM300 untuk 6517

 Jumlah yang perlu dibayar;

  1. Harga Bidaan Minima - RM300
  2. Servis caj (untuk 1 nombor) - RM10
  3. Upah bid nombor - RM290, menang atau kalah, inilah upahnya.
  4. Bajet yang nak digunakan untuk lawan bid - RM1000 {alertSuccess}


    RM    300
    RM      10
    RM    290
 + RM  1000  
    RM  1,600
=============
 

Jumlah = RM1,600.00 yang perlu dibayar sebagai persetujuan proses bidding. {alertWarning}


Caj RM290 menang atau kalah. 

Tengok jumlah bid (4) tu. RM1000 kan? Walaupun customer letak bajet 1000, bukanlah saya terus bid RM1000 bila masuk bid, itu kerja nak menghabiskan duit customer. Saya akan ikut strategi yang saya terangkan dalam panduan Bid Macam Jerung.

Cumanya customer perlu la bank-in awal-awal RM1000 tu sebagai bajet untuk saya gunakan semasa bidding nanti. Semua untuk memudahkan urusan bidding nanti tanpa perlu menghubungi customer.

Sekiranya nombor yang dibida telah dipotong oleh pihak lawan melebihi jumlah bajet bid customer, saya tidak akan meneruskan bidaan tambahan. Pihak saya akan maklumkan bidaan telah dipotong oleh pihak lawan pada masa tempoh tamat bidaan.

Walaubagaimanapun, pihak saya dan team saya akan memaklumkan kepada pelanggan sebelum tamat tempoh bidaan berkenaan bajet bidaan telah habis dan bidaan tertinggi telah dimiliki oleh pihak pembida lain.

Polisi pemulangan (refund policy)

Jumlah bid (4) boleh ditambah kemudian sekiranya diperlukan. Upah sebanyak RM290 adalah upah yang perlu dibayar sebelum sesi bidding dimulakan. Menang atau kalah bidaan ini, RM290 tidak dikembalikan. Ianya adalah bayaran servis saya dan team untuk menguruskan bid pelanggan.

Servis caj adalah RM10 untuk setiap nombor yang dipilih untuk dibida. Ini juga jumlah yang tidak akan dipulangkan sekiranya sesi bidaan menang atau kalah. Caj ini memang dikenakan oleh sistem JPJebid sebelum memulakan bidding sesuatu nombor.

Semua bayaran seperti harga lantai nombor (1) dan jumlah bid (4) akan dipulangkan semula kepada pelanggan sekiranya bidaan tidak berjaya (Gagal). Tempoh pemulangan adalah 30 hari (maksima) selepas tamat sesi bidaan.

Sekiranya bidaan menang dan Jumlah Bid (4) mempunyai baki terlebih, jumlah itu akan dipulangkan bersama dengan slip nombor pendaftaran yang dimenangi. Biasanya 1 hari bekerja.

Cara tentukan bajet untuk bidaan nombor plate

Soalan yang saya sering terima adalah "Berapa bajet untuk bid sekian-sekian nombor?" Ada yang bagi nombor biasa tapi popular, ada yang bagi nombor special, ada yang bagi nombor 2 digit dan ada juga yang bagi nombor 3 digit.

Mengikut pengalaman saya, semua nombor tidak tentu jumlah bidaannya. Jumlah Bidaan Minima pun berbeza walaupun untuk 2 digit yang mempunyai nombor yang sama (contohnya 81 dan 18). 

Ada juga nombor yang nampak biasa pun orang bid sampai puluhan ribu. Penentuan bajet memang dinamik.

Apa yang perlu anda lakukan untuk tentukan bajet adalah dengan masuk ke dalam sistem JPJebid dan pilih nombor yang anda nak bid, nanti akan dipaparkan harga permulaan untuk bid bagi setiap nombor. Selepas itu, anda tentukan berapa jumlah yang anda sanggup untuk bid nombor berkenaan dan kira ikut kiraan yang saya sediakan di atas.

Ada beberapa kategori dan setiap kategori berlainan harga. Berikut adalah senarai harga permulaan (Bidaan Minima) bagi nombor plate di JPJebid;






Begitulah harga permulaannya. Ada beza harga antara 81 dan 18 walaupun kedua-duanya adalah 2 digit dan mempunyai nombor yang sama. Susunan sahaja yang berbeza.

Sekiranya anda berminat dan bersetuju untuk menggunakan servis bid nombor dan bersetuju dengan caj dan upah yang saya terangkan diatas, anda boleh terus hubungi saya untuk perbincangan seterusnya dan beritahu;

  1. Nombor yang hendak dibida
  2. Bajet maksimum yang anda nak peruntukan untuk bidding
Namun sekiranya anda nak bidding sendiri, anda boleh berbuat demikian dengan merujuk Cara Bid Nombor Plate menggunakan JPJebid.

Saya secara peribadi menggalakkan untuk anda bida sendiri nombor yang anda inginkan. Anda dapat berjimat banyak sekiranya mengendalikan sendiri proses bidaan nombor plate anda.

Sekiranya anda belum mahir membida boleh rujuk panduan Bid Macam Jerung untuk bermula.

Namun seandainya anda insist menggunakan perkhidmatan bid dari saya, anda boleh Whatsapp saya O1O6OO9966.


Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi baca artikel ini. Mohon komen sebagai tanda anda telah menjejakkan diri ke sini.

Terbaru Lebih lama