Saya ada Isu dengan Burger Ramly Putrajaya

Saspen je tajuk. Sebenarnya just nak sharing pasal ada berlaku sedikit kesilapan tempahan masa saya beli burger haritu. Tu yang buat tajuk Saya ada isu dengan Burger Ramly Putrajaya Presint Diplomatik.

Sendiri pun jadi, kalau dah craving.

Sejak tengok review Burger Murah Vs Burger mahal kat Channel Youtube PelarianMy, saya jadi salah sorang yang ketagih burger Ramly.

Burger kat Kiosk Ramly Mart ni, memang tak sama dengan burger Ramly yang dimasak kat kiosk-kiosk tepi jalan tu. Banyak je Ramly burger kan?

Apa bezanya?

Kalau yang kat tepi jalan tu biasanya burger tu dimasak dengan agak 'complicated'.

Tak cukup dengan salut telur, lepastu dengan sos black pepper. Letak lagi mayonis dan macam-macam lagi sampai meriah 1 kampung.

Saya takde masalah pun dengan yang tepi jalan tu.

Cuma sejak saya beli burger Ramly kat kiosk Ramly Mart, saya dapat rasa kenangan 90an yang mana time tu burger dimasak tanpa disalut telur.

Yes! Inilah cara masak burger Ramly yang sebenar. (At least for me lah!)

Cukup daging, salad, tomato, bawang, dan Mayonis. Sos cili adalah optional.

Dah macam apa ntah, time tu, dalam seminggu tu adalah 2-3 kali saya akan lunch burger daging Ramly kat Ramly Mart Presint Diplomatik tu.

Berlarutan la jugak 2-3 bulan. Tapi takdelah setiap minggu datang sampai 2-3 kali.

Ada jugak minggu yang tak datang langsung.

Ada jugak yang saya datang 2-3 kali, time tu pulak la tutup.

Ramly Mart tutup kejap.

Dari burger daging 1 patty je, saya jugak pernah mintak tambah jadi 2 patty. Bukan stackers ye heheh.

Satu hari tu nak rasa kelainan, staff Ramly Mart tu cakap boleh tambah telur atau cheese.

Terus terfikir, macam yummy dan mengeyangkan.

So saya pun pilih la burger daging dengan telur.

Which is.....
Burger daging Ramly campur telur mata, tak sedap.

Tak sedap... Muak. Menyesal tak ambik Burger daging campur cheese. Harga sama je dengan telur.

Tapi takpelah, lain kali boleh la mintak yang tambah cheese tu.

So hari yang dinanti pun tiba (tiberrrrrr)...

Saya pun order la Burger Daging + cheese. Macam biasa, saya akan take away sebab datang sorang-sorang je. (Saya kalau time craving, sorang pun jadi).

Sampai je opis...

Tada...... Takde cheese!
Saya makan jugak walaupun takde cheese, sebab dah lapar.

What!

Dah la jauh, takkan la nak patah balik semata-mata nak bubuh sekeping cheese tu dalam burger balik?

No no no...

Saya just nak pasrah time tu... Tapi tiba-tiba dalam benak minda ada suara berbunyi...

"Apa kata cuba call nombor telefon kat resit tu, bagitau yang burger ko takde cheese walaupun dalam resit tulis ada cheese (seperti yang diorder)"


Terus saya capai resit dan call Ramly Mart Presint Diplomatik tu right away.

Manager dia jawab....

Saya pun bagitau lah, saya baru balik dari Ramly Mart tu takeaway Burger Daging + Cheese tapi takde cheese.

Manager pun mintak maaf berkali-kali.

Pastu seingat saya, dia cakap, "boleh tak datang balik ke sini, nanti kami bagi yang baru."

Saya tak pasti, samada burger baru atau dia nak bagi cheese yang sekeping tu.

Jadi saya pun cakap next time la cik, saya dah sampai Seremban dah ni.

Dia cakap "Takpe, encik datang je bila-bila nanti saya inform staff kat sini. Bawaklah resit ye"

Beza harga burger daging tanpa cheese dan dengan Cheese, RM1.04 je.

Saya pun oklah.

Tapi dalam hati masih lagi berfikir...

Kalau saya datang, dapat seketul burger daging + cheese, atau dapat sekeping cheese je (yang ni kelakar hehe) atau saya perlu beli burger daging cheese tapi bayar dengan harga tanpa cheese.

Bila difikir-fikir, macam apa je nak claim semata-mata sebab sekeping cheese yang tak diletak dalam burger tu kan.

Nak dijadikan cerita, pagi tadi.... Saya nak cuba nasib.

Kebetulan saya lalu kat kawasan Presint Diplomatik Putrajaya, dan resit memang ada dalam wallet, terus saya menuju ke Ramly Mart tu.

And yes....

Yang tukang masak burger haritu (yang tak bubuh cheese dalam burger saya tu) bertugas pagi ni.

Sejurus saya masuk, dia macam dah kenal saya dan tanya "pasal cheese haritu kan?"

Demn... dia kenal plak muka saya kan hahah!

Saya cakap ye saya la orangnya.

Saya tanya la, ni kira camna?

Saya dapat seketul burger daging + cheese atau saya perlu beli burger daging cheese tapi bayar burger daging sahaja?

Staff tu cakap, "Ye encik, beli burger nanti saya letak cheese, tapi harini kiosk tak bukak la encik" mungkin maksud dia dapur tak buka untuk operasi masak burger pagi Ahad ni.

Saya just cakap "Takpelah, next time aje"

Dia jawab lagi, "Encik kerja sini ke? Datang la esok, esok kiosk bukak"

Saya pun terfikir, Come on Ril... Ko dah gerak sejauh ini demi sekeping cheese tu... Plus ko kena beli burger untuk redeem balik cheese ko tu haa...

Let go ril... Let go...

Mungkin ada kat mana-mana silap diri saya ni, sampaikan Tuhan dah susun staff tu tak masukkan cheese dalam burger saya haritu.

Karma untuk diri saya yang tengah craving hahaha.

And Yes.. Saya terus balik dan tak berharap lagi untuk 'redeem' cheese yang sekeping tu. RM1.04.

Elok saya beli sendiri cheese tu dari awal kat Pasaraya NSK ke, Family Store ke. Takde lah bazir duit minyak dan masa.

Eh never mind la, at least saya beranikan diri untuk bereaksi dengan apa yang berlaku.

Bukannya "Takpela, halal je la" awal-awal.

Tak cuba tak tahu kan?

Dah cuba baru tahu apa resultnya...

Kalau korang, korang akan let go awal-awal. Atau akan cuba dapatkan penjelasan dulu?

Cuba komen sikit.

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi baca artikel ini. Mohon komen sebagai tanda anda telah menjejakkan diri ke sini.

Terbaru Lebih lama