Sebelum menceburkan diri dalam bidang blogging, anda perlu tahu untuk memastikan apa yang hendak ditulis sama ada ianya trending atau tak.
Jadi kat mana nak tahu sesuatu topik itu trending atau tak? Ada beberapa website yang boleh digunakan untuk menyemak atau memastikan ianya trending atau tak.
- Google Trends
- Exploding Topics
- Meetglimpse
- Right Relevance
Tujuan untuk pastikan sesuatu topik tu trending atau tak adalah untuk memastikan apa yang kita tulis atau karang akan mendapat trafik.
Maksudnya bukanlah syok sendiri.
Bila sesuatu topik tu dah sah ianya trending, maka boleh la kita teruskan untuk develope beberapa sub-topik berkaitan topik utama. Sub topik ini penting untuk kita merangka strategi dalam penyusunan konten (artikel) dalam blog.
Selain tu kajian kata kunci perlu dilakukan selepas proses pilih topik yang trending tadi.