Bila dah langgan onpay ni, ada beberapa setting yang perlu diambil tahu selain dari buat borang baru dan produk baru. Bagi yang nak melanggan onpay, boleh klik sini.
BINA BORANG UNTUK PRODUK
Sebelum buat borang baru, perlu wujudkan produk dahulu. Barulah boleh masukkan kod produk baru ke borang baru.
Masukkan code untuk produk baru dalam borang. |
Kat mana nak dapat kod produk tu? Macam yang saya bagitau tadi, kena wujudkan dulu produk baru. Pergi menu Senarai>Produk. Klik tambah Produk Baru.
Cipta produk baru dengan memasukkan kod dan nama produk. |
KAEDAH PEMBAYARAN
Untuk kaedah pembayaran, boleh guna Internet Bankin, Deposit Bank in. Tapi untuk memudahkan cara, boleh guna BillPlz pada kaedah pembayaran lain.
Untuk setting pembayaran billplz, perlu ada akaun billplz.
Dapat API Setting untuk dimasukkan dalam sistem onpay.
Lepas dah setting API untuk akaun Onpay anda, sekarang masanya untuk create ID Collection. ID Collection ini biasanya dibuat untuk 1 payment platform. Contoh sekarang Onpay.
Untuk membuat Collection ID, pergi ke menu Billing di Billplz, kemudian klik pada buang Create Collection. Akan wujud akan collection baru, copy Collection ID tu dan masukkan dalam borang onpay.
1. billing, 2. Create Collection, 3, Copy untuk di paste di borang onpay. |
pergi ke menu Tetapan, Kaedah pembayaran lain, BillPlz |
Masukkan ID Kutipan (Collection ID) dan API (seperti setting di atas).
Lepas tu dah setel untuk setting-setting penting. Dah boleh start buat jualan.