Cara menentukan harga sekeping kad kahwin

Soalan yang selalu saya dapat kalau ada orang yang tempah kad kahwin adalah "Berapa harga sekeping kad kahwin?" Oh! seriusly bukan senang nak jawab soalan tu. Dan biasanya persoalan tu akan disoal kembali oleh saya. Soalan yang saya ajukan adalah untuk menentukan harga bagi sekeping kad kahwin itu. Berikut adalah langkah-langkah yang perlu dibuat untuk menjawab soalan "Berapa harga sekeping kad kahwin?"

1. Berapa jemputan dalam 1 kad. Maksud berapa jemputan di sini adalah jumlah majlis dalam 1 kad. Kalau 1 jemputan, saiz kad yang sesuai adalah Jenis Poskad dan Jenis KADsekeping. Kalau nak 2 jemputan dalam 1 kad (Jemputan pihak lelaki dan pihak perempuan dalam 1 kad), Jenis LIPATdua adalah yang paling sesuai. Boleh tengok spesifikasi dan saiz kad di http://cutecreativecard.blogspot.com

Jenis Lipatdua

2. Berapa jumlah kad yang nak ditempah.
Selepas dah betul-betul pasti dengan jenis kad yang nak ditempah (Jenis Poskad, KADsekeping dan LIPATdua), tentukan pula jumlah atau kuantiti kad yang hendak ditempah. Harga sekeping kad kahwin akan jatuh lebih murah jika kad ditempah dengan kuantiti yang banyak. Makin banyak makin murah.
Jenis Poskad
Itulah dia 2 langkah yang perlu ditentukan dahulu sebelum menentukan harga sekeping kad kahwin. Kalau dah pasti dengan 2 perkara diatas, barulah boleh usulkan soalan "Berapa harga sekeping kad kahwin?
Biasanya saya akan jawab RM0.35¢ sekeping termasuk sampul dan penghantaran (Murah kan? hihihi). Harga tu adalah berdasarkan harga bagi 1000 keping kad kahwin Jenis kadsekeping setebal 260gsm Art Card, Cetakan warna penuh depan dan belakang. Pstt.. kad kahwin Jenis kadsekeping adalah yang paling murah dalam Cute Creative Card  diikuti Jenis LIPATdua.

Tips ni boleh juga digunakan sebelum soalan "Berapa harga sekeping kad kahwin?" diajukan kepada mana-mana pihak kedai kad kahwin. Dah like Fan Page Cute Creative Card di facebook? like sekarang www.facebook.com/CuteCreativeCard

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi baca artikel ini. Mohon komen sebagai tanda anda telah menjejakkan diri ke sini.

Terbaru Lebih lama