Buat form percuma, bukan Google Form

 Sejak AI ni muncul, macam-macam tools yang muncul. Tak sempat nak tengok satu-satu. Ye la bila tengok semua rasa perlu. Tapi masih belum nak guna buat masa ni. Mujur ada satu web ni nama dia Futurepedia.io yang buat directory untuk semua tools-tools berasaskan ai ni.

Salah satu yang saya nak share adalah platform untuk buat form secara percuma. Nope, bukan Google Form. Nama tools online tu Typeform.

Dengan typeform ni kita boleh create borang secara percuma. Sama lah macam Google Form, percuma jugak. Bezanya typeform ni paparan dia cantik. The only thing yang kontra untuk benda percuma ni adalah, branding dia ada kat form yang kita create.

Tapi untuk tujuan buat form, memang boleh la guna tools ni. Selain tu typeform ada juga sediakan template untuk buat squeeze form untuk lead generation. Yang tu saya belum cuba. Masih tak tau camna nak integrate dengan tools leads yang lain. 

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi baca artikel ini. Mohon komen sebagai tanda anda telah menjejakkan diri ke sini.

Terbaru Lebih lama