Contoh surat tunjuk sebab tak hadir kerja

Untuk sesetengah syarikat kat Malaysia, pihak pengurusan akan meminta pekerja untuk kemukakan surat tunjuk sebab. Saya sediakan contoh surat tunjuk sebab tak hadir bekerja.




[Alamat Syarikat]
[Tarikh]

Kepada,
Pengurus Sumber Manusia
Syarikat Percetakan Big Ram
[Alamat Syarikat]

Tuan,

Saya, Karim bin Husin ingin memaklumkan bahawa saya tidak dapat hadir bekerja pada 14 Februari 2023 kerana motorsikal saya mengalami kerosakan. Saya telah menghantar motorsikal tersebut untuk dibaiki di bengkel dan dilampirkan resit pembaikan sebagai bukti.

Saya akan menyelesaikan tugasan tertunggak secepat mungkin dan memastikan tidak ada gangguan terhadap kelancaran tugas atau projek yang sedang berjalan.

Saya telah memaklumkan ketua saya melalui WhatsApp tentang ketidakhadiran ini. Saya kembali bekerja pada 15 April 2023 meneruskan tugasan saya dengan sepenuh hati.

Sekiranya ada tindakan atau izin yang perlu diambil terkait ketidakhadiran ini, harap pihak Syarikat memaklumkan kepada saya.

Terima kasih.

Salam hormat,

Karim bin Husin
Juruteknik
Syarikat Percetakan Big Ram

[Tanda tangan] {codeBox}

Anda boleh download contoh surat dapat bentuk doc/docx disini.

Semoga urusan anda lancar dan dipermudahkan.

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi baca artikel ini. Mohon komen sebagai tanda anda telah menjejakkan diri ke sini.

Terbaru Lebih lama