Camna Telegram boleh kena hack (diambil alih)

Ini pertama kali saya try nak tengok apa aje la link Bantuan RM1000 lah, Bantuan Rahmah lah, atau Bantuan Madani dan lain lain bantuan yang meriah dalam Telegram. Sebenarnya inilah cara Telegram korang boleh kena hack.

Klik link tak bahaya ye, sebab link tu akan bawak korang ke satu website tipu tipu yang didesign dengan kemas. Tapi kalau ragu, tak perlu lah klik langsung, lagi selamat.

Jadi apa berlaku selepas klik link yang dikatakan untuk Semak Bantuan yang dalam Telegram tu?

Ada ruangan nombor telepon. Amboi tau dah orang mana yang buat ni, telepon la sangat. lepastu ada butang Semak Status.



Selepas masukkan nombor telefon dalam ruangan tu, paparan akan mintak OTP Telegram pulak tuan tuan. Kat sini la kalau korang masukkan OTP, scammer tu akan login/hijack Telegram korang. (Ini sebenarnya cara untuk login akaun Telegram biasa je)

Lepas tu untuk nampak semua penipuan ni smooth, dia bagi la optional untuk buat password. Takde motif langsung..


Lepas dah buat password, dia sempat lagi nak rembat personal data korang. Hahahaha.. cis.


Isi je detail tu (kalau nak isi, jangan la isi yang betul pulak) dan kemudian tekan Log Masuk. Lepastu korang akan dibawak ke halaman Semakan status.


Dan kat sinilah berakhirnya sesi semakan dengan jawapan "Tiada rekod ditemui". Bijak bijak.

pada fasa ini, pada yang dah masukkan nombor telefon sebenar dan masukkan OTP yang Telegram hantar ke website ni, maka ketahuilah, Telegram anda telah dihijack. 

Cara pulihkan Telegram yang kena hijack boleh rujuk artikel saya sebelum ni. Ingat, kena terus bertindak untuk buang akses scammer ke atas akaun Telegram anda dalam tempoh 48 jam. Kalau dah lebih 48 jam, scammer boleh fully hijack akaun Telegram tu.

Tapi kebiasaannya scammer tak heran pun (atau memang diaorang tak tahu) untuk kick pemilik asal akaun Telegram tu. Kalau scammer tu nakal, dia kick owner sebenar akaun Telegram selepas 48 jam.

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi baca artikel ini. Mohon komen sebagai tanda anda telah menjejakkan diri ke sini.

Terbaru Lebih lama