Touch N Go bagi RM0.94 setiap hari

Lepas aku baca perkongsian kawan FB aku berkaitan Touch N Go Go+, aku terus bergegas memindahkan sebahagian duit saving aku ke akaun Touch N Go. Sebab dengar cerita Touch N Go bagi 94 sen (maksimum) setiap hari ke dalam akaun Go+ kita tu.

Akaun GO+ Touch N Go

Jumlah 94 sen tu kalau korang menyimpan kat dalam akaun GO+ yang ada dalam Apps Touch N Go tu, dengan jumlah simpanan RM9500.

Selama ni aku guna je apps Touch N Go ni buat beli barang, topup kad touch n go, topup RFID dan lain lain. Aku perasan jugak transaksi harian ada earning, tapi tak banyak pun. Ada tu kadang RM0.0008, so aku ignore je lah.

Tahunan 3.6% yang dibahagi ke 365

Lepas kecoh pasal salah kiraan sorang netizen ni (dia cakap GO+ bagi 3.6% setiap hari), aku mula fokus kat kadar 3.6% per annum yang dibayar setiap hari.

3.6% setahun, dibayar setiap hari.



Maksudnya kat sini, akaun GO+ ni akan bagi earning sebanyak 3.6% setahun, tapi dibayar setiap hari. Let say ko simpan RM500 dalam akaun GO+, jadi kalau setahun dapatlah dalam RM18 dari capital RM500 tu.

Untuk kira harian, RM18 tu bahagi dengan 365 hari (setahun). Maka daily earning yang ko akan dapat untuk next 24 hours adalah RM0.0493 setiap hari. Tak perlu tunggu setahun untuk dapat daily return tu.

Ni aku dah sediakan calculator untuk kira.


Earning Harian GO+ Touch 'n Go

Jadi lepas je aku sedar 3.6% setahun yang dibayar setiap hari tu agak OK, aku pun pindahkan sebahagian saving aku ke dalam touch n go GO+ ni. Kalau letak je kat bank, dapatlah jugak 0.2% setahun. 0.2% setahun VS 3.6% setahun, mana ko nak?

Mestilah 3.6% setahun kan? dibayar setiap hari pulak tu.

dapat 18 sen setiap hari, at least aku tau duit aku tengah bersaing dengan inflasi.

Parking duit lebihan ke GO+

Dengan duit nak bayar kereta pun aku parking dulu kat GO+ sementara tunggu tarikh due data bayar kereta tu. Dapatlah sen sen dengan parking duit tu dalam GO+. Takdelah banyak mana, aku buat sebab nak didik tabiat menyimpan dan invest dalam diri aku ni.

GO+ tawarkan 3.6% setahun. Dibayar setiap hari pulak tu tanpa perlu tunggu tempoh matang (setahun).

Tapi GO+ hanya kira earning dari maximum RM9500 dari simpanan ko. Tapi bukan maksud ko tak boleh nak simpan lebih. 

Boleh je nak simpan lebih dari RM9500 pun, tapi earning hanya dikira berdasarkan RM9500 sahaja.

Cara nak keluarkan atau guna duit dalam GO+

Kalau boleh la ye, tak perlulah nak keluarkan duit dalam GO+ tu. Tapi memandangkan ada sebahagian duit yang aku simpan dalam GO+ tu adalah duit parking, iaitu duit yang menunggu untuk dikeluarkan untuk bayar komitmen lain, maka aku pun study la cara untuk withdraw duit dari GO+ Touch N Go.

Senang je rupanya. Hanya transfer DuitNow dari akaun Touch N Go ke mana-mana bank yang aku nak. Lepastu baru keluarkan duit.

Jadi senang la nak parking duit dan earning sen sen setiap hari sementara tunggu duit dikeluarkan untuk bayar kereta, bil telefon dan lain lain.

Hanya jika anda betul-betul disiplin baru boleh amalkan parking duit komitment ke dalam akaun GO+

Kad VISA Touch N Go

Selain dari transfer secara online ke bank lain, Touch N Go pun ada menyediakan kad Visa Touch N Go. Dengan adanya kad VISA ni, aku boleh je nak withdraw direct guna kad ni, dan boleh direct bayar guna kad untuk pembelian yang menyokong transaksi VISA.

Buat masa ni aku masih belum nak apply kad VISA ni. Cukup lah fungsi transfer DuitNow kat dalam apps Touch N Go tu.

3.6% per annum (dibayar setiap hari) VS 15% per annum (dibayar setiap jam)

Walaupun GO+ bagi pulangan setiap hari dari jumlah 3.6% setahun, aku ada juga simpan kat satu tempat ni. Tempat ni bagi 5 ke 15% setahun dan dibayar setiap jam.

Kadar pulangan tu berubah setiap masa. Ada tu kadang 20% per annum, kadang 7% per annum. Rujuk gambar, pulangan adalah setiap jam berdasarkan APY yang dinyatakan.





Hint crypto, bukan trading. Sama macam GO+, duit boleh dikeluarkan pada bila-bila masa terus ke akaun bank.

Kalau berminat nak tahu, boleh Whatsapp saya di O192O61966.


Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi baca artikel ini. Mohon komen sebagai tanda anda telah menjejakkan diri ke sini.

Terbaru Lebih lama