Cara pulihkan Telegram kena hacked

 Sekarang ni meriah betul bantuan Kerajaan dikongsi kat Telegram. Tapi jangan ingat benda tu betul pulak. Itu semua taktik phishing nak dapatkan akses ke akaun Telegram mangsa. Siapa? Sesiapa yang klik link yang diberikan. Jadi saya akan terangkan cara untuk pulihkan Telegram kena hacked ni.

{getToc} $title={Table of Contents}

Bukan main ramai lagi percaya Bantuan Madani ye... akhirnya kena hacked Telegram.

Telegram Spam ke kenalan

Setiap kali akaun Telegram korang kena hacked oleh scammer, jangan la sekali-kali korang terus delete akaun Telegram tu sebelum korang kick scammer dari menggunakan Telegram korang tu untuk hantar mesej spam ke kenalan-kenalan korang.

Dan jangan anggap yang korang boleh gunakan Telegram tu bermaksud akaun tu selamat. Belum ye, ianya masih boleh diakses oleh scammer tu.

Dapatkan kembali akses Telegram

Apa yang perlu korang buat untuk pulihkan Telegram kena hacked adalah dengan membuang atau kick akses scammer dari akaun korang.

Gunakan Telegram di smartphone korang untuk tendang si scammer tu.

Caranya;

  1. Bukak Telegram dan klik menu (sebelah atas kiri).
  2. Pergi/pilih ke bahagian Settings
  3. Privacy and Security
  4. Devices
  5. Terus tap pada tulisan yang warna merah tu "Terminate All Other Sessions" {alertInfo}

Selesai.


Terminate All Other Sessions

Risiko lambat bertindak

Kalau korang lambat bertindak, lebih kurang dalam 48 jam, scammer ni boleh kick korang dari akses Telegram milik korang sendiri.

Ya betul memang korang boleh dapatkan semula akses Telegram dengan login semula dari awal sebab simkad untuk terima SMS ada pada korang, tapi kalau scammer tu jenis nakal, diaorang akan kick mana-mana devices yang baru nak login.

Korang tengoklah sendiri ntah device mana yang sedang akses akaun Telegram korang. Tengok sekali lokasinya. (Kebanyakannya dari negara Konoha)

Jadi nasihat saya kepada sesiapa yang terkena perangkap hacked ni, cepat-cepatlah korang Terminate All Other Sessions ni.

Dan berhentilah percaya dengan Bantuan bantuan yang kononnya dari Kerajaan tu. Rentikanlahhh.


Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi baca artikel ini. Mohon komen sebagai tanda anda telah menjejakkan diri ke sini.

Terbaru Lebih lama