Kena selumbar, apa nak buat ni?

Rasanya semua orang pernah ye kena selumbar ni. Ada yang kena selumbar kayu, ada yang kena duri, ada yang kaca masuk kulit kaki dan lain lain. Mesti la panik kan kalau kena selumbar. Jadi apa nak buat?

Nak dijadikan cerita, masa saya kemas-kemas kebun sawit mak mentua, tangan ni tertusuklah selumbar duri dari dahan kelapa sawit tu. Punya la pedih.



{getToc} $title={Topik Rengking yang dibincang}

Makin berdenyut

Mula-mula tu saya memang biarkan je. Tapi lepas mandi makin berdenyut pulak.

Terus saya cari ketip kuku untuk tarikh keluar selumbar yang masuk ke dalam kulit tu. Eh, makin ditarik makin ke dalam pulak dia. Ada yang terpotong terus tak boleh nak tarik keluar selumbar tu.

Nak tak nak kena 'korek' sikit kulit tu untuk tarik keluar selumbar yang ada tu. Tapi, makin ke dalam.

Disebabkan tangan makin berdenyut saya pun terfikir la nak pergi klinik untuk buat minor operation. Ye, nak buat pembedahan minor la kononnya, asalkan selumbar ni dapat dikeluarkan dari daging tangan ni.

Tapi sebelum nak ke klinik tu, saya cuba Whatsapp doktor yang pernah rawat saya masa saya terlantar kat hospital beberapa tahun lepas. Dia pakar bedah.

Doktor, tangan saya ni terkena selumbar, sakit berdenyut la. Boleh ke nak operate untuk buang selumbar ni?

Nasihat Doktor

Doktor pun jawab, tak perlu. Nanti dia keluar sendiri tu.

Saya masih skeptikal sebab tangan masih berdenyut dan macam tak percaya bila doktor tu cakap yang selumbar tu akan keluar sendiri. Selumbar tu bukan ada otak nak fikir, ntah dia tahu ke jalan keluar?

Jadi saya pun tunggu je la satu hari nanti selumbar tu keluar. Kalau tak keluar, paling-paling pun akan tertanam dalam daging je la. Sakit gak tu.

Elak jangkitan

Kawasan kena selumbar ni dia akan tertutup. Lepas tu jadi macam bisul yang macam nak keluar nanah. Tapi takde pun nanah as long as bahagian tu takde infection. Kena cuci la bersih dan yang paling penting spray sket Nano Silver kat luka tu untuk pastikan luka bersih.

Time luka dah tertutup tu sebenarnya saya dah redha je. Biarlah kayu/duri tu dalam daging ni. Pandai la nanti daging-daging ni buat proses pereputan kat duri tu nanti.

Selumbar keluar

Tapi sebenarnya luka tertutup tu akan terbukak balik. Tau tak kenapa luka tu terbuka? Sebab nak bagi laluan duri tu untuk keluar!

Magik kan? SubhanAllah.

Masa tu saya pelik kenapa 'bisul' ni macam terbuka? saya cuba tekan sikit bahagian tu, eh sekali duri tu terkeluar ye dari daing. Macam 'dimuntahkan' keluar oleh otot2 dan daging saya.

Kalau tak silap proses ni berlaku dalam 2 minggu. So betul la apa yang doktor tu bagitau.

Biarkan je selumbar tu, nanti pandai la dia keluar sendiri. {alertSuccess}

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi baca artikel ini. Mohon komen sebagai tanda anda telah menjejakkan diri ke sini.

Terbaru Lebih lama