
Berhenti ternak kambing
Akhirnya saya berhenti ternak kambing. Saya akan ceritakan sebab saya buat keputusan ni. Cabaran-cabaran yang saya pernah sebut sebelum ni contohnya macam tempat untuk bina kandang, modal untuk bermula, disiplin bagi makan kambing setiap hari alhamdulillah dapat diharungi.
{getToc} $title={Topik Rengking yang dibincang}
Modal beli dedak
Untuk modal permulaan memang kebanyakan orang boleh dapatkan. Tapi cabaran sebenar berkaitan modal ni akan terasa bila dah mula ternak kambing tu sendiri. Modal nak beli dedak. Kalau ikut teori, dalam setahun modal dedak untuk seekor kambing lebih kurang rm1000-1200. Itu ikut teori la, tapi biasanya penternak kambing memang akan cari alternatif untuk jimatkan kos.Orang kata, orang malas je bagi kambing makan dedak, sebab malas sabit napier. Betul la tu, nak bagi kambing makan dedak selalu, memang kena poket tebal. Bayangkanlah ye, dalam setahun modal dedak je rm1k untuk seekor kambing, kalau kita ada 20 ekor, 30 ekor?. Belum lagi harga jual.
Harga pasaran kambing
Rata-rata market kambing ni sekitar rm800-900 seekor bergantung jenis dan berat kambing. Diburukkan lagi dengan kemasukan kambing dari Thailand yang lebih gemuk sekitar 300-400 seekor.Silaj sebagai alternatif
Tapi memang tak mungkin la penternak bagi dedak pagi dan petang. Alternatif terbaik adalah bagi makan silaj napier. Harga silaj jauh lebih murah berbanding dedak. Silaj ni makanan kambing yang diproses dari bahan asas napier dan molases. Satu plastik hitam tu lebih kurang rm30.Permasalahan berlaku sebenarnya bila supplier silaj pun tak berapa nak ada. Ini sebenarny peluang bagi mereka yang ada tanah kosong, untuk mengusahakan pembuatan silaj napier dan supply kepada penternak. 1 ekar tanah kalau ikut teori boleh bagi return dalam RM6k-7k sebulan. Tapi 1 ekar tu memang tanam napier je la, jangan campur lain.