Next time kau buka Google Maps, jangan tengok jalan je. Tengok peluang buat duit sekali. Tak percaya? Meh sini aku tunjuk.
{getToc} $title={Topik Rengking yang dibincang}
Ada beberapa cara orang buat duit guna Google Maps. Ini cara yang biasa orang buat (dan realistik):
1. Servis Update/Claim Bisnes di Google Maps (Google Business Profile)
Ramai bisnes kecik (kedai makan, bengkel, dll.) tak tahu nak daftar atau kemas kini maklumat di Google Maps.
Kau offer servis tolong mereka daftar, betulkan info, upload gambar, letak waktu operasi, tulis description. Semua ni penting untuk bisnes dapat lebih customer.
Caj: RM100–RM500 per bisnes (ikut kerja).
2. Jual Review Google Maps
Bantu bisnes dapatkan review (dengan cara sah) untuk naikkan ranking mereka di Maps. Boleh buat sendiri (kalau ada banyak akaun legit) atau ajak geng buat.
Contoh: RM5–RM20 satu review mengikut level local Guide korang.
Untuk review ni dilarang untuk buat fake review. Buat review informasi untuk naikkan bisnes yang direview.
Contoh review yang bersifat informasi dan tak bias;
Kedai ini terletak di kawasan yang mudah akses, dengan parking yang mencukupi. Menawarkan pilihan menu nasi ayam, laksa dan roti canai. Menurut info di media sosial rasmi mereka, kedai beroperasi setiap hari dari 8AM hingga 10PM.
3. Mapping Business Leads
Guna Google Maps untuk cari bisnes yang "bermasalah" (contoh: tiada website, tiada nombor telefon, takde review). Then kau contact mereka, offer servis (buat website, run ads, buat poster, dll).
Maps ni macam "mesin carian customer" untuk servis kau.
4. Bonus: Buat website untuk bisnes
Yang ni paling senang dan paling lumayan. Buat servis bina website untuk bisnes yang ada dalam Google Maps. Boleh guna Wordpress, Google Sites, atau Blogspot, bergantung kat mana skill yang korang biasa guna.